BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 4, 2009

Sejarah Sekolah Kebangsaan King Edward VII(1),Taiping


SCHOOL BATCH.....

S.K KING EDWARD VII(1),TAIPING
Pada bulan Julai 1883 sebuah sekolah diberi nama Central School telah dibuka.Pada waktu itu,sekolah ini menempatkan hanya 13 orang murid sahaja.Sekolah ini terletak di tapak asrama jururawat berhampiran dengan stesen keretapi Taiping yang merupakan stesen keretapi yang pertama di Tanah Melayu.

Sebuah bangunan baru telah dibina di Jalan Stesen pada tahun 1904. Bangunan dua tingkat yang tersergam masih lagi digunakan sehingga kini.Setelah siap dibina,Central School Taiping telah menamatkan operasinya.Kesemua muridnya telah ditempatkan ke bangunan baru yang telah dibuka secara rasmi setahun selepas itu.Pada waktu itu,sekolah ini dinamakan King Edward VII School.

Pada bulan Mac 1958,sekolah ini telah dipecahkan menjadi 3 buah sekolah iaitu:

  • Sekolah Menengah King Edward VII(1),Taiping
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) King Edward VII (1)
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) King Edward VII (2)

Setiap sekolah mempunyai pengurusan masing-masing.Beberapa tahun kemudian,Sekolah Menengah King Edward VII(1) telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Trump berhampiran Jalan Muzium Hulu.Pada tahun 1973,Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) King Edward VII (2) telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Lumba Kuda berhampiran Taman Tasik Taiping.Dengan itu,bangunan ini telah diserahkan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) King Edward VII (1) Taiping hingga sekarang.

Blok C yang ada sekarang merupakan bangunan Maktab Pengurusan Harian yang dibina pada tahun 1957 dan akhirnya diserahkan kepada sekolah ini pada tahun 1968.Manakala bangunan Blok D tiga tingkat dan kantin telah dibina pada tahun 1987.Pada tahun 2000,sebuah bangunan baru yang menempatkan makmal komputer telah siap dibina.

0 comments: